Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel PENYAKIT

AWAS MAKANAN TERNAKAN MENJADI RACUN

Imej
Negara kita walaupun diberkati dengan Cuaca baik sepanjang tahun, namun masih ada cabaran yang perlu kita hadapi saban tahun. Antaranya ialah musim tengkujuh atau monsun Timur Laut. Musim Monsun Timur Laut ni biasanya akan bawa sekali musim hujan yang berpanjangan dan banjir di seluruh kawasan Malaysia. Pada musim ini lazimnya ayam mudah terdedah dengan pelbagai punca kematian antaranya ialah disebabkan bencana mahupun penyakit. Kami ambil contoh satu penyebab kematian ayam iaitu akibat keracunan makanan. ANtara penyakit disebabkan oleh keracunan ialah penyakit AFLATOXIN. Apa itu AFLATOXIN?? Aflatoxin (AF)  adalah sejenis racun kelas mycotoxins (mikotoksin) yang dihasilkan oleh kulat Aspergillus Flavus. Selalunya kulat Aspergillus Flavus tumbuh pada kacang pea, kacang tanah dan jagung yang disimpan lama. Namun demikian, ia boleh juga tumbuh pada bijirin seperti beras, gandum, barli atau tepung yang terlalu lama disimpan di tempat gelap dan lembap.  Bagaimana AFLATO...