MASALAH LAZIM DIALAMI PENTERNAK BAHARU
Masalah lazim newbies. Hari 1: Terima 500 ekor anak ayam. Hari 2: 27 ekor mati Hari 3: 31 ekor mati Hari 4: 37 ekor mati Hari 5: 42 ekor mati Hari 6: 38 ekor mati Hari 7: 41 ekor mati Hari 8: 32 ekor mati Hari 9: 12 ekor mati Hari 10-14:7 ekor mati Hari 15-45: 13 ekor mati Hari 45-60: 8 ekor mati Keseluruhan ayam yang mati: 288 ekor. Ini adalah statistik sebenar salah seorang sahabat ternak kami yang baru menceburi bidang ternakan. Beliau mula menternak dengan 500 ekor anak ayam kacukan. Kematian anak ayam akibat suhu tak terkawal Semasa harvest, hanya 212 ekor ayam boleh dijual. Peratus kematian ialah 57.6%. Ia sangat-sangat tinggi. Bila saya selidiki, kematian anak ayam berpunca dari tidak menjaga suhu dalam brooder. Kena ingat, ayam berumur antara 1-14 hari adalah sangat kritikal. Mereka mudah mati jika tidak dikawal suhu dalam brooder. Kedudukan Anak Ayam dalam Suhu Yang Berbeza Tapi sahabat saya tu tak putus asa. Beliau hubung...