Catatan

Apa kita perlu buat sebelum mula menternak

Ramai yang berminat nak menternak ayam kampung. Dan ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan. Berjaya memulakan penternakan adalah langkah mula, bukan penentuan kejayaan tuan-tuan lagi. Jadi, kami kongsikan perkara-perkara penting yang perlu disediakan sebelum anda memulakan penternakan anda. 1. Minat . Ni wajib ada bagi setiap penternak agar mereka tak putus asa. Nak memupuk minat ni mesti kita kena ada seorang contoh yang baik ibarat mentor. Carilah mentor anda agar mereka boleh memberi anda guideline yang betul dan jadikan dia idola anda. 2. Lokasi Penternakan . Faktor paling asas ni memang perlu ada. Banyak faktor perlu diambil kira seperti kemudahan infra, biosekuriti, kedudukan dari perumahan, faktor semulajadi (banjir/kemarau) dan banyak lagi. 3. Modal . Bang, kalau takda modal projek memang tak boleh nak jalan. Tapi bossku, jangan risau sebab banyak institusi yang sudi memberi pinjaman, geran dan sebagainya terutamanya buat golongan belia di bawah umur 40 tahun. Cuma, ada...
Imej
Contoh Sistem Biosekuriti Ladang Ternakan! Kami bawa anda ke ladang Ternakan Sakura Agro Farm milik tuan  Kamarudin bin Ismail . Ladang ini dibina dengan sistem biosekuriti yang sangat efisien. Keunikan ladang ternakan ini ialah ia mengamalkan kaedah ternakan integrasi dimana beberapa jenis ternakan diternak dalam satu kawasan tanpa mengabaikan langsung sistem biosekuriti di ladang. Kalau nak lihat contoh ladang dengan sistem biosekuriti terbaik, ladang Sakura Agro Farm adalah contoh yang boleh diikuti. Kami akan teran gkan konsep biosekuriti beserti contohnya di ladang tersebut agar pemahaman anda maksimum. Sebelum sesi pembelajaran dikelas, kita perkenalkan sedikit intro biosekuriti untuk pemahaman anda. Dalam mengaplikasikan biosekuriti di ladang ternakan, ada 3 konsep biosekuriti yang harus diterapkan. 3 konsep ini meliputi aktiviti menyeluruh di dalam sistem biosekuriti. Antaranya ialah: 1. Biosekuriti Konsepsional. Ia meliputi pemilihan lokasi ladang, kemudahan ...

MASALAH LAZIM DIALAMI PENTERNAK BAHARU

Imej
Masalah lazim newbies. Hari 1: Terima 500 ekor anak ayam. Hari 2: 27 ekor mati Hari 3: 31 ekor mati Hari 4: 37 ekor mati Hari 5: 42 ekor mati Hari 6: 38 ekor mati Hari 7: 41 ekor mati Hari 8: 32 ekor mati Hari 9: 12 ekor mati Hari 10-14:7 ekor mati Hari 15-45: 13 ekor mati Hari 45-60: 8 ekor mati Keseluruhan ayam yang mati: 288 ekor. Ini adalah statistik sebenar salah seorang sahabat ternak kami yang baru menceburi bidang ternakan. Beliau mula menternak dengan 500 ekor anak ayam kacukan. Kematian anak ayam akibat suhu tak terkawal Semasa harvest, hanya 212 ekor ayam boleh dijual. Peratus kematian ialah 57.6%. Ia sangat-sangat tinggi. Bila saya selidiki, kematian anak ayam berpunca dari tidak menjaga suhu dalam brooder. Kena ingat, ayam berumur antara 1-14 hari adalah sangat kritikal. Mereka mudah mati jika tidak dikawal suhu dalam brooder. Kedudukan Anak Ayam dalam Suhu Yang Berbeza Tapi sahabat saya tu tak putus asa. Beliau hubung...

Kursus Ternakan Ayam Kampung

Imej
Hanya RM650 seorang peserta!!! Sila baca smpai habis, anda bakal dapat diskaun lebih lagi. Itu harga yang kami telah tetapkan sehingga kini. Masih paling murah dipasaran. Kursus yang sangat menyeluruh selama 2 hari Menampilkan 13 modul dan sesi praktikal pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Nak belajar ayam dari asas hingga ke peringkat profesional beserta sesi praktikal??Jom ikuti kursus anjuran AFLEGACY. Sesi Praktikal di Ladang Ternakan Kali ini kami bekerjasama dengan Sakura Agro Farm yang dimiliki oleh boss berpengalaman luas dalam bidang ternakan, Tuan Kamarudin bin Ismail demi menambahbaik lagi sesi praktikal kami. Sesi praktikal berlokasi di ladang Sakura Agro Farm yang mengamalkan sistem biosekuriti terbaik. Nak tengok amalan perladangan yang baik datanglah ke ladang ni. Ladang Ternakan Intergrasi Sebanyak 13 modul akan diajar. Topik merangkumi: 1. Pengenalan penternakan Ayam Kampung dan potensi. 2. Sistem reban 3. Biosekuriti 4. Penyakit dan r...

Kos dedak ayam mahal, apa jalan penyelesaian?

Imej
Kos dedak yang mahal biasanya amat membebankan penternak. Apakata kita belajar memberi ternakan kita makanan alternatif selain dari dedak. Ia bertujuan untuk me mberi penjimatan kepada penternak disamping membekalkan makanan organik kepada ternakan. Hari ni admin nak berkongsi salah satu kaedah bagaimana menukar sisa buangan domestik rumah kita menjadi makanan ayam yang sangat kaya dengan protin. BLACK SOLDIERS FLY LARVAE (BSFL ) merupakan sejenis ulat yang terhasil dari Black Soldier Fly. Ia merupakan lalat yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia, tidak seperti lalat rumah yang menjadi punca kepada bawaan penyakit. Ia amat sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bukan sahaja ayam, ia juga boleh diberi makan kepada haiwan ternakan lain seperti ikan, burung dan juga pelbagai haiwan eksotik lain. Caranya cukup mudah. 1. Sisa makanan seperti nasi basi, kepala ikan dan lain-lain dikumpulkan. 2. Gaulkan sisa makanan tu dengan EFEKTIF MIKROORGANISMA (EM). Gaul biar ia hany...

DIY KOTAK BSFL

Imej
Entri pada kali ini Kami kongsikan kaedah buat kotak BSFL cara murah dan mudah. Hanya perlukan beberapa peralatan je dan kosnya tak sampai pun RM20 (guna barang recycle). Peralatan diperlukan buat kotak. 1. Kotak polisterin 2. Elbow Pipe ( saiz 50mm ) 3. T Joint ( Saiz 50mm ) 4. Paip saiz 50mm 5. Botol 2 biji 6. Plastik hitam. 7. Botol Sabun. Cara sediakan kotak. 1. Potong paip panjang 1 kaki dan belah tengah. 2. Buat lubang pada kotak polisterin ikut saiz paip. 3. Sambungkan paip dengan T Joint. 4. Tebuk lubang pada botol sabun untuk masukkan batang paip. Bagaimana ia berfungsi? Penutup botol berfungsi sebagai tempat BSFL bertelur. Bila ia sudah bertelur dan sudah ada larva, boleh buang penutup botol dan tutup kotak polisterin guna penutup polisterin. Batang paip di dalam kotak berfungsi sebagai saluran jalan kepada BSFL matang. Sifat semulajadi BSFL, apabila ia sudah hampir menjadi pupa, ia akan menuju ke tempat kering. BSFL akan melalui salur ini dan jatu...

Kisah Abang Nizam...

Imej
Idola kami! Ini kisah abg nizam, mula menternak sekitar 4 bulan lepas. Mulai menternak atas dasar minat. Tapi cara abg nizam menternak ni sentiasa buat kami terkesima. Meskipun beliau ada 1001 ilmu pelbagai bidang lain, tp sentiasa merendah diri dlm mencari ilmu. Berikut adalah jurnal awal pembabitan beliau dlm menternak ayam ni. Tamat dari kursus Ternakan Ayam Kampung Anjuran AFLEGACY RESOURCES,  beliau telah mula menaikkan reban beliau. Kerja-kerja pembinaan bermula seawal bulan oktober 2016.  Setelah mengambil kira beberapa faktor, beliau mendirikan reban secara modular dimana reban dinaik taraf kapasitinya secara berperingkat seperti yg disarankan oleh kami. Reban ni dia bina utk kapasiti 150 ekor ayam. Kami sarankan bagi batch pertama ni biarlah dobela dengan kuantiti sedikit dahulu bagi beliau mendapatkan feel tatacara menternak yg lebih bersistematik.  Ini adalah rupa reban yg sudah 90% siap. Memandangkan masa tu sudah menghampiri musim hujan, kami nasih...