Catatan

SKALA TERNAKAN kepada BAKAL PEMULA

Imej
Kalau anda membaca entri di pages ini bermakna anda pasti berminat dengan ternakan ayam kampung.  Adakah sekadar minat tu mencukupi? Sebelum ni kami pernah membincangkan tentang persediaan sebelum anda membuka ladang sendiri. Pada kali ini kita akan bincangkan pada skala apakah kuantiti yang sesuai untuk anda menternak. Pertama sekali, tentukan TUJUAN utama anda menternak. Apakah anda menternak untuk: .... Part time (Sambilan) ATAU .....Sara diri (Fulltime uruskan ladang sendiri secara solo) ATAU .....Perusahaan Kecil dan Sederhana ATAU ..... SKALA INDUSTRI Kenapa ini penting???  Sebab ia bakal menentukan skala penternakan yang anda bakal buka dan usahakan nanti. Sebelum pergi lebih lanjut, ingat skala-skala ini dulu:  Skala besar (30,000 ekor dan ke atas)  Skala sederhana (10,000 hingga 30,000)  Skala kecil (1000 hingga 10,000)  Sambilan (kurang daripada 1000) Bolehkah kami usahakan secara kecil-kecilan dahulu??? Pasti boleh!!! Jom dengar nasihat d...

Kenapa Reban Saya Kerap diserang Penyakit ???

Imej
Penyakit Berulang. Ada seorang sahabat ternak hubungi kami, dia bertanya tentang penyakit ayam yang berulang di rebannya.   Semasa perbualan tersebut, saya ada tanyakan beberapa soalan yang mungkin menyumbang kepada penyakit berulang.  Hasil dari penelitian gambar-gambar yang beliau share dan perbualan kami, kami dapati kebanyakkannya adalah disebabkan faktor biosekuriti tidak diamalkan dengan betul. Disinimsaya kongsikan beberapa penemuan yang kita boleh ambil iktibar.  Ada beberapa faktor penyebab penyakit yang sama berulang di kawasan reban kita antaranya ialah: 1. Tidak mengamalkan konsep "all in, all out".  Apa itu all in, all out?? Ia ialah kaedah ternakan memasukkan ayam mengikut batch.  Setiap batch boleh jadi 100, 200 atu 1000.  Apa yang penting mengikut konsep ini ialah, apabila ayam-ayam dalam satu batch tersebut cukup umur, semua ternakan perlu di'harvest' tanpa meninggalkan seekor pun dari batch lama. 2. Mencampurkan jenis ternakan yang be...

AWAS MAKANAN TERNAKAN MENJADI RACUN

Imej
Negara kita walaupun diberkati dengan Cuaca baik sepanjang tahun, namun masih ada cabaran yang perlu kita hadapi saban tahun. Antaranya ialah musim tengkujuh atau monsun Timur Laut. Musim Monsun Timur Laut ni biasanya akan bawa sekali musim hujan yang berpanjangan dan banjir di seluruh kawasan Malaysia. Pada musim ini lazimnya ayam mudah terdedah dengan pelbagai punca kematian antaranya ialah disebabkan bencana mahupun penyakit. Kami ambil contoh satu penyebab kematian ayam iaitu akibat keracunan makanan. ANtara penyakit disebabkan oleh keracunan ialah penyakit AFLATOXIN. Apa itu AFLATOXIN?? Aflatoxin (AF)  adalah sejenis racun kelas mycotoxins (mikotoksin) yang dihasilkan oleh kulat Aspergillus Flavus. Selalunya kulat Aspergillus Flavus tumbuh pada kacang pea, kacang tanah dan jagung yang disimpan lama. Namun demikian, ia boleh juga tumbuh pada bijirin seperti beras, gandum, barli atau tepung yang terlalu lama disimpan di tempat gelap dan lembap.  Bagaimana AFLATO...

Apa kita perlu buat sebelum mula menternak

Ramai yang berminat nak menternak ayam kampung. Dan ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan. Berjaya memulakan penternakan adalah langkah mula, bukan penentuan kejayaan tuan-tuan lagi. Jadi, kami kongsikan perkara-perkara penting yang perlu disediakan sebelum anda memulakan penternakan anda. 1. Minat . Ni wajib ada bagi setiap penternak agar mereka tak putus asa. Nak memupuk minat ni mesti kita kena ada seorang contoh yang baik ibarat mentor. Carilah mentor anda agar mereka boleh memberi anda guideline yang betul dan jadikan dia idola anda. 2. Lokasi Penternakan . Faktor paling asas ni memang perlu ada. Banyak faktor perlu diambil kira seperti kemudahan infra, biosekuriti, kedudukan dari perumahan, faktor semulajadi (banjir/kemarau) dan banyak lagi. 3. Modal . Bang, kalau takda modal projek memang tak boleh nak jalan. Tapi bossku, jangan risau sebab banyak institusi yang sudi memberi pinjaman, geran dan sebagainya terutamanya buat golongan belia di bawah umur 40 tahun. Cuma, ada...
Imej
Contoh Sistem Biosekuriti Ladang Ternakan! Kami bawa anda ke ladang Ternakan Sakura Agro Farm milik tuan  Kamarudin bin Ismail . Ladang ini dibina dengan sistem biosekuriti yang sangat efisien. Keunikan ladang ternakan ini ialah ia mengamalkan kaedah ternakan integrasi dimana beberapa jenis ternakan diternak dalam satu kawasan tanpa mengabaikan langsung sistem biosekuriti di ladang. Kalau nak lihat contoh ladang dengan sistem biosekuriti terbaik, ladang Sakura Agro Farm adalah contoh yang boleh diikuti. Kami akan teran gkan konsep biosekuriti beserti contohnya di ladang tersebut agar pemahaman anda maksimum. Sebelum sesi pembelajaran dikelas, kita perkenalkan sedikit intro biosekuriti untuk pemahaman anda. Dalam mengaplikasikan biosekuriti di ladang ternakan, ada 3 konsep biosekuriti yang harus diterapkan. 3 konsep ini meliputi aktiviti menyeluruh di dalam sistem biosekuriti. Antaranya ialah: 1. Biosekuriti Konsepsional. Ia meliputi pemilihan lokasi ladang, kemudahan ...

MASALAH LAZIM DIALAMI PENTERNAK BAHARU

Imej
Masalah lazim newbies. Hari 1: Terima 500 ekor anak ayam. Hari 2: 27 ekor mati Hari 3: 31 ekor mati Hari 4: 37 ekor mati Hari 5: 42 ekor mati Hari 6: 38 ekor mati Hari 7: 41 ekor mati Hari 8: 32 ekor mati Hari 9: 12 ekor mati Hari 10-14:7 ekor mati Hari 15-45: 13 ekor mati Hari 45-60: 8 ekor mati Keseluruhan ayam yang mati: 288 ekor. Ini adalah statistik sebenar salah seorang sahabat ternak kami yang baru menceburi bidang ternakan. Beliau mula menternak dengan 500 ekor anak ayam kacukan. Kematian anak ayam akibat suhu tak terkawal Semasa harvest, hanya 212 ekor ayam boleh dijual. Peratus kematian ialah 57.6%. Ia sangat-sangat tinggi. Bila saya selidiki, kematian anak ayam berpunca dari tidak menjaga suhu dalam brooder. Kena ingat, ayam berumur antara 1-14 hari adalah sangat kritikal. Mereka mudah mati jika tidak dikawal suhu dalam brooder. Kedudukan Anak Ayam dalam Suhu Yang Berbeza Tapi sahabat saya tu tak putus asa. Beliau hubung...

Kursus Ternakan Ayam Kampung

Imej
Hanya RM650 seorang peserta!!! Sila baca smpai habis, anda bakal dapat diskaun lebih lagi. Itu harga yang kami telah tetapkan sehingga kini. Masih paling murah dipasaran. Kursus yang sangat menyeluruh selama 2 hari Menampilkan 13 modul dan sesi praktikal pada harga yang sangat-sangat berbaloi. Nak belajar ayam dari asas hingga ke peringkat profesional beserta sesi praktikal??Jom ikuti kursus anjuran AFLEGACY. Sesi Praktikal di Ladang Ternakan Kali ini kami bekerjasama dengan Sakura Agro Farm yang dimiliki oleh boss berpengalaman luas dalam bidang ternakan, Tuan Kamarudin bin Ismail demi menambahbaik lagi sesi praktikal kami. Sesi praktikal berlokasi di ladang Sakura Agro Farm yang mengamalkan sistem biosekuriti terbaik. Nak tengok amalan perladangan yang baik datanglah ke ladang ni. Ladang Ternakan Intergrasi Sebanyak 13 modul akan diajar. Topik merangkumi: 1. Pengenalan penternakan Ayam Kampung dan potensi. 2. Sistem reban 3. Biosekuriti 4. Penyakit dan r...