BERSAHABAT DENGAN LALAT..
Tajuknya seakan cerita seram., haha.. Tapi itulah hakikatnya menjadi seorang penternak, mana-mana perkara yang boleh diguna pakai sepenuhnya dalam penjimatan, maka ia adalah sahabat.. Untuk entri pada kali ini, kami akan bercerita mengenai BLACK SOLDIER FLY LARVA (BSFL) atau nama saintifiknya Hermetia Illucens. Lalat ini berbeza dengan lalat rumah dalam beberapa perkara. Perbezaan ini juga menyebabkan lalat ini lebih mesra persekitara dimana ia mampu mengelakkan bawaan penyakit yg dibawa oleh lalat rumah. Kitaran hidup lalat ini bermula dengan peringkat telur dimana seekor BSF betina mampu bertelur antara 900 hingga 1200 biji telur. Seterusnya telur ini akan menetas selepas 4 hari induk BSF bertelur. TEmpat sesuai untuk BSF bertelur ialah dinding-dinding/kawasan yang kering dan dibawahnya terdapat sumber makanan. Gambar ini ditangkap ketika BSF sedang bertelur Seterusnya telur-telur lalat ini akan menjadi Larva. Dalam kitaran hidup BSF, ketika menjadi larva inilah merup