BERSAHABAT DENGAN LALAT..
Tajuknya seakan cerita seram., haha.. Tapi itulah hakikatnya menjadi seorang penternak, mana-mana perkara yang boleh diguna pakai sepenuhnya dalam penjimatan, maka ia adalah sahabat.. Untuk entri pada kali ini, kami akan bercerita mengenai BLACK SOLDIER FLY LARVA (BSFL) atau nama saintifiknya Hermetia Illucens.
Lalat ini berbeza dengan lalat rumah dalam beberapa perkara. Perbezaan ini juga menyebabkan lalat ini lebih mesra persekitara dimana ia mampu mengelakkan bawaan penyakit yg dibawa oleh lalat rumah. Kitaran hidup lalat ini bermula dengan peringkat telur dimana seekor BSF betina mampu bertelur antara 900 hingga 1200 biji telur. Seterusnya telur ini akan menetas selepas 4 hari induk BSF bertelur. TEmpat sesuai untuk BSF bertelur ialah dinding-dinding/kawasan yang kering dan dibawahnya terdapat sumber makanan.
Gambar ini ditangkap ketika BSF sedang bertelur
Seterusnya telur-telur lalat ini akan menjadi Larva. Dalam kitaran hidup BSF, ketika menjadi larva inilah merupakan jangkamasa paling lama ia di mana ia akan kekal sebagai larva untuk jangkamasa 2-3 minggu. Pada peringkat larva, ia akan digelar sebagai BSFL (Black Soldier Fly Larvae) dan BSFL ini akan memakan pelbagai sisa makanan yang mereput. Disinilah peranan ia sebagai pengawal kewujudan lalat rumah dimana BSFL ini akan menghapuskan peluang larva dari lalat rumah untuk membiak. BSFL yang mempunyai fizikal lebih besar adalah bebas dari sebarang kuman bawaan penyakit menjadikan BSFL ini makanan selamat untuk haiwan ternakan. Negara-negara luar sangat pesat membuat kajian ke atas BSFL ini. Selepas 3 minggu menjadi larva, tibalah masanya BSFL ini bertukar menjadi PUPA. BSFL yang akan bertukar menjadi PUPA akan mencari tempat yang kering untuk bertukar. Ia akan kekal dalam keadaan pupa selama seminggu sebelum menjadi lalat BSFL.
Lalat BSFL ini tidak mempunyai MULUT, ini bermakna selama ia hidup, lalat ini tidak akan makan. Bekalan protin dan lemak yang diperolehi semasa peringkat larva akan digunakan sepenuhnya semasa ia di peringkat lalat. Jangka hayat ia menjadi lalat hanyalah sekitar dua hari sahaja dan masa ini digunakan sepenuhnya untuk mengawan dan bertelur. Ciri-cirinya yang unik iaitu tidak mempunyai mulut menjadikan lalat ini sangat mesra persekitaran di mana ia tidak akan membawa sebarang penyakit bawaan lalat seperti yang berlaku pada lalat rumah. Malahan lalat ini sangat berguna dalam mengawal populasi lalat rumah.
Beginilah rupa BSFL tadi. Kandungan protin yang sangat tinggi pada BSFL ini menjadikan ia makanan ayam yang sangat sihat malahan ia mengandungi pelbagai khasiat yang mampu memberi kebaikan kepada kesihatan ayam. Perkara paling menarik tentang BSFL ini ialah KOS PEMBUATANnya yang terlalu murah. Hanya memerlukan kurang RM0.20 untuk 1 kg BSFL. ia jauh berbeza berbanding makanan ternakan komersil yang berharga sekitar RM 1.80 hingga RM2.50 sekilo. Amat berbaloi sekiranya kita berjaya menghasilkan BSFL ini pada skala yang besar (hanya sekitar 20 kg sehari pun cukup).
AFLEGACY akan berterusan melakukan eksperimen bagi menghasilkan alternatif paling murah dalam penghasilan makanan ternakan yang lebih sihat untuk ternakan. In shaa allah ia bakal tercapai dalam masa terdekat ini. Sekiranya berjaya, ROI bagi ternakan ayam kampung ini akan berjaya ditingkatkan sehingga 70% berbanding sekarang. Sebagai contoh, pulangan bagi 1000 ekor ayam buat masa kini ialah hanya RM3500 (RM8/kg harga borong) untuk satu pusingan 45 hari. Tetapi dengan pemberian makanan organik ini, kos ternakan akan berjaya dikurangkan dimana pulangan bagi 1000 ekor ayam ialah RM10 500. Terlalu jauh bezanya dan ia sangat berbaloi. In shaa allah entri seterusnya kami akan memasukkan perkembangan semasa berkenaan BSFL kami.
Assalamualaikum, saya berminat untuk tahu perkembangan lebih lanjut mengenai pemakanan BSFL ini, dari segi tumbuhsaran ayam, adakah ayam diberi 100% bsfl dan perkembangan berat dari minggu ke minggu
BalasPadamSekian terima kasih,
Harap en dapat balas soalan data
mr.amzar.ghazali@gmail.com
terima kasih kerana berminat. Mohon tuan semak posting kami di page kami di Facebook. Tuan boleh layari page Ternakan AYAM Kampung AFLEGACY kerana di sanaka kami turut berkongsi penerangan berkenaan BSFL dengan lebih terperinci
PadamBSF Allah ciptakan mmg sgt brmanfaat utk para pnternak..Smoga kita selalu mngingati akan kebesaranNya yg maha pencipta..
BalasPadam