Kursus Ternakan Ayam Kampung
Terlalu lama kami tidak update kandungan blog. Tapi in shaa allah dengan SOP baru, kami akan lebih banyak update di blog. Berbalik kepada penternakan Ayam Kampung. Dari masa terakhir kami post berkenaan potensi penternakan ayam kampung, kami dari pihak AFLEGACY telah pun berjaya melaksanakan kursus ternakan ayam kampung pada harga 'mampu pergi' untuk penduduk luar bandar. Kursus yang dilaksanakan selama 2 hari mendapat sambutan dari penduduk sekitar Maran malahan ada yang datang dari Terengganu dan Tanjung Malim untuk menyertai kami.
Kami telah berjaya melaksanakan dua kursus secara berkumpulan dimana kursus pertama telah dilakukan bersama Cure and Care Service Centre (CCSC) berlokasi di Jengka 3. CCSC tersebut telah memilih penternakan ayam kampung sebagai industri pilihan mereka untuk dijalankan di sana. pada mulanya mereka telah membeli 100 ekor ayam kampung dari kuantan pada harga yang sangat mahal. Percubaan pertama mereka untuk 100 ekor ini tidak berjaya kerana hampir 90% ayam mereka mati. Untuk cubaan kali ke dua, mereka telah memangil AFLEGACY BAGI MEMBERI TUNJUK AJAR TEKNIK YANG BETUL DALAM PENJAGAAN AYAM KAMPUNG. Beberapa modul asas telah diberikan kepada pelatih CCSC ini dan pihak AFLEGACY turut menghadiahkan 112 ekor ayam kampung sebagai percubaan mereka dengan ilmu yang diajar.
Testimoni selepas 4 minggu penganjuran kursus, kebanyakan ayam berjaya hidup dan dijual kecuali dalam 20 ekor mati ditelan ular sawa. Tahniah kepada CCSC Jengka 3. In shaa allah mereka akan melaksanakan projek lebh besar selepas ini. AFLEGACY tidak sabar nak bekerjasama dengan mereka lagi.
Seterusnya, AFLEGACY telah menganjurkan sekali lagi kursus ternakan Ayam Kampung pada 14 dan 15 Mei bertempat di Felda Jengka 1. Penganjuran kursus kali ini telah disertai oleh peserta seramai 21 orang terdiri dari masyarakat setempat di daerah Maran, Kuantan, Kuala Lumpur dan Tanjung Malim. AFLEGACY berhajat untuk menyatukan kesemua mereka ini di bawah satu pentadbiran agar pemakanan dan jualan ayam mereka dapat diselaraskan sewajarnya supaya tiada pihak yang akan rugi.

Kami kini lebih mengutamakan kursus berbentuk personal coaching dimana pelajaran lebih mudah diserap oleh peserta. Bagi personal coaching ini kami menawarkan sebanyak 7 modul yang meliputi perkara-perkara penting dalam penternakan ayam iaitu:
Kursus Ternakan Ayam Kampung Personal Coaching
1. Pengenalan Ayam Kampung
2. Sistem Reban
3. Biosekuriti
4. Penyakit dan kawalan Penyakit Ayam
5. Pemakanan Ayam
6. Penjagaan Ayam
7. Efektif Mikroorganisma
Yuran Kursus hanyalah RM799 untuk 3 orang peserta (hanya RM266 seorang)
Pelajar yang bernaung dibawah pengurusan kami bakal mendapat bimbingan berterusan dari pihak AFLEGACY malahan kami juga akan membeli semula ternakan bekas pelajar kami untuk dipasarkan ke khalayak ramai manakala yuran untuk menyertai Kursus ini hanyalah RM799 sahaja untuk 3 orang peserta (hanya RM266 seorang). Sehingga kini, kami telah berjaya melatih 47 orang penternak da beberapa kelas bakal menyusul lagi di masa akan datang. In shaa allah.
Perancangan seterusnya, kami akan membuka beberapa cawangan kedai bagi memasarkan produk ayam kampung ke bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam dan lain-lain negeri yang berpotensi. Tumpuan AFLEGACY pada masa ini ialah dalam melatih bakal penternak ayam kampung dan memasarkan produk mereka kepada orang ramai.
Ulasan
Catat Ulasan