AYAM KAMPUNG KACUK
Ayam Daging. Di pasaran Malaysia, terdapat pelbagai jenis ayam yang dijual bertujuan untuk dijadikan makanan, hiasan ataupun sebagai hobi. Antara jenis ayam yang paling bernilai komersil ialah ayam daging ( dipangil ayam juga bandar) dan ayam kampung. Ayam daging secara amnya dibela di dalam reban/ladang yang sangat bersistem dan dalam kuantiti yang besar. Memperusahakan ayam daging memerlukan modal yang besar kerana ia harus mempunyai sistem reban yang sempurna manakala kos pemakanan ayam pedaging adalah sangat tinggi. Namun kebaikan bagi ayam jenis ini ialah kadar tumbesaranya sangat cepat kerana diet ayam ini drancang dengan baik sekali dan ayam ini mampu mencapai berat 1.8KG hanya dalam tempoh 25-30 hari. Namun, keuntungan bagi seekor ayam ini adalahsangat sedikit justeru ia kebiasaannya diusahakan oleh orang perseorangan yang memiliki modal besar kerana keuntungan aam pedaging adalah berdasarkan "volume"ayam yang dikeluarkan.
Ayam Kampung. Berbeza bagi ayam kampung, pengusaha ayam kampung tidak memerlukan modal yang tinggi bagi mengusahakan sebuah reban yang berkapasiti antara 500-1000 ekor ayam manakala margin ayam kampung juga adalah sangat tinggi. Ayam kampung bersifat lebih aktif dan tahan lasak berbanding ayam pedaging. sifatnya yang aktif menjadikan daging ayam kampung lebih berotot dan pejal. Rasa daging ayam kampung lebih enak dan perkara paling penting mengenai ayam kampung ini ialah, kandungan lemak dan kolestrolnya sangat rendah, menjadikan ia makanan yang sangat sihat untuk dimakan.
Kos Reban Ayam Kampung. Kos membina reban bagi ayam kampung yang dipelihara secara separa intensif pula ialah hanya kira-kiram RM8000 bagi reban berkapasiti 1000 ekor ayam. Memandangkan ayam kampung tidak memerlukan sistem reban yang terlalu rumit berikutan daya tahan sakit ayam kampung adalah sangat tinggi, ia menjadikan perusahaan ayam kampung ini merupakan perusahaan yang berbaloi untuk diceburi.
Jenis Ayam Kampung. Terdapat pelbagai jenis ayam kampung (berbeza mengikut baka) antaranya ialah ayam kampung asli, ayam kampung acuk, ayam kabir, ayam gajah dan pelbagai jenis lagi. Namun, yang paling popular di pasaran ialah ayam kampung asli dan ayam kampung kacuk. Ayam kampung asli memerlukan masa yang lama untuk membesar manakala ayam kampung kacuk hanya memerlukan sekitar umur 2 bulan bagi mencapai berat ideal untuk djual.
Harga pasaran. Bagi ayam kampung asli, harganya mencecah RM18/kg yang telah siap diproses manakala bagi ayam kampung kacuk harganya pula sekitar RM15/kg siap proses. Sunguhpun kedua-dua jenis ayam ini mempunyai harga yang mahal namun permintaan ke atas mereka sangat tinggi dan berbaloi untuk diterokai.
Ayam kampung Asli VS Ayam Kampung Kacuk. Jika ditanya kepada saya yang manakah lebih berbaloi untuk dikormersilkan, jawapanya ialah AYAM KAMPUNG KACUK kerana pusingan bagi setiap ayam ini hanya memerlukan sekitar 45-60 hari bagi mencapai berat ideal. Walaupun harganya sedikit murah berbanding ayam kampung asli tetapi kadar tumbesaranya yang cepat telah berjaya mengatasi kekurangan itu. bayangka, 1 pusingan ayam kampung asli bersamaan dengan 4 pusingan ayam kampung kacuk. Jadi, pada pendapat anda, yang manakah lebih berbaloi untuk dijual.
Walaupun ayam kampung kacuk membesar dengan cepat, ia masih mempunyai sedikit kelemahan iaitu ayam ini bersifat lebih sensitif dan memerlukan penjagaan yang sangat bersistematik. sunguhpun demikian, ia boleh diatasi sekiranya kita mempunyai lmu yang cukup berkenaan ilmu penjagaan ayam ini. Kadar kematian dan diserang penyakit dapat diminimumkan.
Pihak AFLEGACY RESOURCES sedia menerima sesiapa yang berminat untuk mempelajari ilmu penternakan ayam ini. Kami menyediakan kursus pada kadar yang berpatutan. Kursus ini mengandungi 7 modul penting bagi menceburi bidang penternakan ayam kampung ini. Sehingga kini, kami telah berjaya mengadakan beberapa siri kursus yang disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat. kami menjemput anda bagi menyertai kami dalam bidang ternakan ayam kampung ini.
Hubungi kami bagi menempah kelas Penternaka Ayam Kampung. Kami yakin pelaburan ini adalah sangat berbaloi untuk anda ceburi.
Hubungi kami di 019-2690374 (AIN) atau 019-2687280 (Farly).
Saya ingin berkongsi dengan anda semua di sini tentang bagaimana saya mendapat pinjaman saya dari Encik Benjamin yang membantu saya dengan pinjaman sebanyak 400,000.00 Euro untuk memperbaiki perniagaan saya. Ia mudah dan cepat apabila saya memohon pinjaman apabila keadaan semakin kasar dengan perniagaan saya. Benjamin memberi pinjaman saya tanpa berlengah-lengah. di sini adalah e-mel Benjamin / e-mel kenalan: +1 989-394-3740, lfdsloans@outlook.com.
BalasPadam