Kisah Abang Nizam...
Idola kami!
Ini kisah abg nizam, mula menternak sekitar 4 bulan lepas. Mulai menternak atas dasar minat. Tapi cara abg nizam menternak ni sentiasa buat kami terkesima. Meskipun beliau ada 1001 ilmu pelbagai bidang lain, tp sentiasa merendah diri dlm mencari ilmu. Berikut adalah jurnal awal pembabitan beliau dlm menternak ayam ni.
Tamat dari kursus Ternakan Ayam Kampung Anjuran AFLEGACY RESOURCES, beliau telah mula menaikkan reban beliau. Kerja-kerja pembinaan bermula seawal bulan oktober 2016. Setelah mengambil kira beberapa faktor, beliau mendirikan reban secara modular dimana reban dinaik taraf kapasitinya secara berperingkat seperti yg disarankan oleh kami. Reban ni dia bina utk kapasiti 150 ekor ayam. Kami sarankan bagi batch pertama ni biarlah dobela dengan kuantiti sedikit dahulu bagi beliau mendapatkan feel tatacara menternak yg lebih bersistematik.
Ini adalah rupa reban yg sudah 90% siap. Memandangkan masa tu sudah menghampiri musim hujan, kami nasihatkan beliau utk membina reban yg lengkap sistem biosekuritinya agar ia kalis penyakit. Antara perkara penting ialah memastikan reban sentiasa kering, tiada tempat air bertakung, tiada kawasan dalam reban yg terkena tempias hujan dan sentiasa memastikan reban sentiasa bersih berseri mengerlip.
Antara salah satu perkara yg perlu ada, walaupun reban abg nizam ni utk ayam skala kecik, tp kami sarankan ia mengamalkan prinsip reban yg sama mcm ladang-ladang ternakan besar. Pastikan hanya ada satu akses utk keluar dan masuk dalam bahagian reban. Inila ghopenye reban yg sudah sedia utk menerima kemasukan anak ayam.
Ini adalah semasa hari penerimaan anak ayam. Anak ayam akan sampai lambat, kebiasaannya pada tengah malam. Memandangkan anak ayam telah melalui perjalanan yang jauh (dari Utara Malaysia), maka persediaan semasa menerima anak ayam adalah sgt penting. Antara perkara perlu dibuat ialah menyediakan relung utk diletakkan anak ayam, menyediakan air bersih untuk minuman ( sebaiknya air yg dibancuh dengan molases bg memberi tenaga dan kesegaran kepada ayam) dan memberi sedikit makanan. Perlu diingat, ayam yg sampai biasanya berumur 2-3 hari dan tidak pernah diberi sebarang makanan dari saat ia menetas. Masa memberi makanan buat pertama kali, adalah disarankan untuk memberi hanya 5 gengam dedak untuk 100 ekor anak ayam. Selepas dua jam beri sekali lg 5 gengam dedak untuk 100 ekor ayam. Selepas tu barulah diberikan makanan secara normal.
Akhirnya ayam pun sampai ke reban beliau. Ayam sampai dalam jam 1 pagi masa tu. Dapat je ayam terus abg nizam buat seperti yg disarankan. Jika dilihat pada gambar, bahagian relung berfungsi untuk mengelakkan terbentuknya sudut di dimana anak ayam tertumpumpu dan menghimpit satu sama lain. Sudut itu akan memerangkap anak ayam dan membuat mereka lemas. Cara atasi kematian akibat lemas ialah dengan cara memasang relung. Lampu berfungsi untuk memberi kepanasan dalam relung. Habuk kayu pula sebagai medium untuk mengeringkan tahi ayam. Paling baik ialah mengunakan habuk kayu dari kayu yg diketam.
Ini kisah abg nizam, mula menternak sekitar 4 bulan lepas. Mulai menternak atas dasar minat. Tapi cara abg nizam menternak ni sentiasa buat kami terkesima. Meskipun beliau ada 1001 ilmu pelbagai bidang lain, tp sentiasa merendah diri dlm mencari ilmu. Berikut adalah jurnal awal pembabitan beliau dlm menternak ayam ni.
Tamat dari kursus Ternakan Ayam Kampung Anjuran AFLEGACY RESOURCES, beliau telah mula menaikkan reban beliau. Kerja-kerja pembinaan bermula seawal bulan oktober 2016. Setelah mengambil kira beberapa faktor, beliau mendirikan reban secara modular dimana reban dinaik taraf kapasitinya secara berperingkat seperti yg disarankan oleh kami. Reban ni dia bina utk kapasiti 150 ekor ayam. Kami sarankan bagi batch pertama ni biarlah dobela dengan kuantiti sedikit dahulu bagi beliau mendapatkan feel tatacara menternak yg lebih bersistematik.
Ini adalah rupa reban yg sudah 90% siap. Memandangkan masa tu sudah menghampiri musim hujan, kami nasihatkan beliau utk membina reban yg lengkap sistem biosekuritinya agar ia kalis penyakit. Antara perkara penting ialah memastikan reban sentiasa kering, tiada tempat air bertakung, tiada kawasan dalam reban yg terkena tempias hujan dan sentiasa memastikan reban sentiasa bersih berseri mengerlip.
Antara salah satu perkara yg perlu ada, walaupun reban abg nizam ni utk ayam skala kecik, tp kami sarankan ia mengamalkan prinsip reban yg sama mcm ladang-ladang ternakan besar. Pastikan hanya ada satu akses utk keluar dan masuk dalam bahagian reban. Inila ghopenye reban yg sudah sedia utk menerima kemasukan anak ayam.
Akhirnya ayam pun sampai ke reban beliau. Ayam sampai dalam jam 1 pagi masa tu. Dapat je ayam terus abg nizam buat seperti yg disarankan. Jika dilihat pada gambar, bahagian relung berfungsi untuk mengelakkan terbentuknya sudut di dimana anak ayam tertumpumpu dan menghimpit satu sama lain. Sudut itu akan memerangkap anak ayam dan membuat mereka lemas. Cara atasi kematian akibat lemas ialah dengan cara memasang relung. Lampu berfungsi untuk memberi kepanasan dalam relung. Habuk kayu pula sebagai medium untuk mengeringkan tahi ayam. Paling baik ialah mengunakan habuk kayu dari kayu yg diketam.
Selepas 60 hari, inilah rupa ayam-ayam abg nizam. Masa usia ayam melebihi 3 minggu sudah boleh dilepas bebas untuk dia bermain main di padang. Alhamdulillah, utk first trial abg nizam, 95 ekor ayam dari 100 ekor berjaya hidup dan sedia untuk dipasarkan. Ini pencapaian yg sgt baik bagi nubis mcm abg nizam. Almaklumlah baru 1st time menternak ayam ni. Sebelum ni nak tangkap dan pegang ayam pon takut.. kihkihkih....
Setelah lulus fasa menternak, fasa menjuallah paking best. Memandangkan abg nizam ni serba serbi nubis, jadi kami memberi khidmat nasihat mcm mana nak approach pelanggan berpotensi. Hebatnya abg nizam ni dia terus buat seperti kami sarankan. Dalam tempoh beberapa hari sahaja semua ayam beliau telah habis dijual. Antara kaedah jualannya ialah menjual secara runcit hidup, dan runcit ayam siap proses. Memang hebat sampaikan ada nak repeat order dgn abg nizam. Alhamdulillah sekarang dia dah ada jenama sendiri utk produk ternakan ayam kampungnya.
Kami di AFLEGACY akan terus melaksanakan kursus bagi bakal penternak. Selain melaksanakan kursus di ladang ternakan kami, kami juga bersedia untuk pergi ke tempat anda dan mengajar disana. Sekiranya berminat untuk tempahan kursus semurah RM300 sahaja, boleh hubungi kami di talian 011-11435328(Farly) atau 011-11458148 (Ain). Kursus akan dilaksanakan pada hari sabtu atau ahad.

o132i9jfpws577 dildo,adult sex toys,real dolls,sex toys,male sex toys,cheap sex toys,penis sleeves,dog dildo,Panty Vibrators c215q9uohmh956
BalasPadamt970g1lmxrl344 vibrators,dildo,custom sex doll,realistic dildo,realistic dildo,wholesale sex toys,sex chair,realistic dildo,male sex toys d589r3rfoxw922
BalasPadam