Contoh Sistem Biosekuriti Ladang Ternakan!


Kami bawa anda ke ladang Ternakan Sakura Agro Farm milik tuan Kamarudin bin Ismail. Ladang ini dibina dengan sistem biosekuriti yang sangat efisien. Keunikan ladang ternakan ini ialah ia mengamalkan kaedah ternakan integrasi dimana beberapa jenis ternakan diternak dalam satu kawasan tanpa mengabaikan langsung sistem biosekuriti di ladang.
Kalau nak lihat contoh ladang dengan sistem biosekuriti terbaik, ladang Sakura Agro Farm adalah contoh yang boleh diikuti. Kami akan terangkan konsep biosekuriti beserti contohnya di ladang tersebut agar pemahaman anda maksimum.
Sebelum sesi pembelajaran dikelas, kita perkenalkan sedikit intro biosekuriti untuk pemahaman anda.
Dalam mengaplikasikan biosekuriti di ladang ternakan, ada 3 konsep biosekuriti yang harus diterapkan. 3 konsep ini meliputi aktiviti menyeluruh di dalam sistem biosekuriti. Antaranya ialah:
1. Biosekuriti Konsepsional. Ia meliputi pemilihan lokasi ladang, kemudahan yang ada serta, keadaan di sekitar ladang. Pemilihan kawasan ladang yang berjarak sekurangnya 500 meter dari penempatan manusia dan jauh dari simpanan kawasan tadahan air atau sungai. Sebagai contoh, kita memelihara ayam di kawasan padat penduduk ( kurang 500 meter dari kawasan kampung) serta berdekatan sungai yang sering banjir adalah tidak mematuhi konsep ini. Ia akan menyebabkan kemudaratan kepada orang ramai dan ternakan kita. Malahan kita boleh dikompaun dan dihentikan operasi jika didapati bersalah oleh PBT.
2. Biosekuriti Struktural. Ini lebih kepada susun atur di dalam ladang ternakan. Susun atur ini meliputi jarak antara reban-reban, lokasi kawasan tadahan air, arah menghadap timur /barat pembinaan reban, pemasangan alat cegah kecurian dan pencerobohan serta lain-lain struktur binaan dalam reban yang menyumbang kepada perlindungan terhadap ternakan.
3. Biosekuriti Operasional. Ini adalah amalan biosekuriti yang meliputi prosedur dan aktiviti pencegahan penyakit daripada berlaku. Contohnya, amalan penyemburan EM di reban, larangan kemasukan ke dalam ladang tanpa kawalan serta pelbagai lagi aktiviti di ladang.
Ketiga-tiga konsep biosekuriti ini haruslah sentiasa diterapkan dalam pengurusan perladangan demi mengelakkan ayam daripada terkena penyakit.
Pada kursus ternakan Ayam kampung anjuran AFLEGACY RESOURCES, kami akan menerangkan konsep serta elemen yang perlu ada demi menjaga kesejahteraan ternakan ayam.
Ayuh ikuti kursus kami. Hubungi
Kami di wasap.my//601111458158














Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...