Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2023

SKALA TERNAKAN kepada BAKAL PEMULA

Imej
Kalau anda membaca entri di pages ini bermakna anda pasti berminat dengan ternakan ayam kampung.  Adakah sekadar minat tu mencukupi? Sebelum ni kami pernah membincangkan tentang persediaan sebelum anda membuka ladang sendiri. Pada kali ini kita akan bincangkan pada skala apakah kuantiti yang sesuai untuk anda menternak. Pertama sekali, tentukan TUJUAN utama anda menternak. Apakah anda menternak untuk: .... Part time (Sambilan) ATAU .....Sara diri (Fulltime uruskan ladang sendiri secara solo) ATAU .....Perusahaan Kecil dan Sederhana ATAU ..... SKALA INDUSTRI Kenapa ini penting???  Sebab ia bakal menentukan skala penternakan yang anda bakal buka dan usahakan nanti. Sebelum pergi lebih lanjut, ingat skala-skala ini dulu:  Skala besar (30,000 ekor dan ke atas)  Skala sederhana (10,000 hingga 30,000)  Skala kecil (1000 hingga 10,000)  Sambilan (kurang daripada 1000) Bolehkah kami usahakan secara kecil-kecilan dahulu??? Pasti boleh!!! Jom dengar nasihat dari orang

Kenapa Reban Saya Kerap diserang Penyakit ???

Imej
Penyakit Berulang. Ada seorang sahabat ternak hubungi kami, dia bertanya tentang penyakit ayam yang berulang di rebannya.   Semasa perbualan tersebut, saya ada tanyakan beberapa soalan yang mungkin menyumbang kepada penyakit berulang.  Hasil dari penelitian gambar-gambar yang beliau share dan perbualan kami, kami dapati kebanyakkannya adalah disebabkan faktor biosekuriti tidak diamalkan dengan betul. Disinimsaya kongsikan beberapa penemuan yang kita boleh ambil iktibar.  Ada beberapa faktor penyebab penyakit yang sama berulang di kawasan reban kita antaranya ialah: 1. Tidak mengamalkan konsep "all in, all out".  Apa itu all in, all out?? Ia ialah kaedah ternakan memasukkan ayam mengikut batch.  Setiap batch boleh jadi 100, 200 atu 1000.  Apa yang penting mengikut konsep ini ialah, apabila ayam-ayam dalam satu batch tersebut cukup umur, semua ternakan perlu di'harvest' tanpa meninggalkan seekor pun dari batch lama. 2. Mencampurkan jenis ternakan yang berlainan spesis. 

AWAS MAKANAN TERNAKAN MENJADI RACUN

Imej
Negara kita walaupun diberkati dengan Cuaca baik sepanjang tahun, namun masih ada cabaran yang perlu kita hadapi saban tahun. Antaranya ialah musim tengkujuh atau monsun Timur Laut. Musim Monsun Timur Laut ni biasanya akan bawa sekali musim hujan yang berpanjangan dan banjir di seluruh kawasan Malaysia. Pada musim ini lazimnya ayam mudah terdedah dengan pelbagai punca kematian antaranya ialah disebabkan bencana mahupun penyakit. Kami ambil contoh satu penyebab kematian ayam iaitu akibat keracunan makanan. ANtara penyakit disebabkan oleh keracunan ialah penyakit AFLATOXIN. Apa itu AFLATOXIN?? Aflatoxin (AF)  adalah sejenis racun kelas mycotoxins (mikotoksin) yang dihasilkan oleh kulat Aspergillus Flavus. Selalunya kulat Aspergillus Flavus tumbuh pada kacang pea, kacang tanah dan jagung yang disimpan lama. Namun demikian, ia boleh juga tumbuh pada bijirin seperti beras, gandum, barli atau tepung yang terlalu lama disimpan di tempat gelap dan lembap.  Bagaimana AFLATOXIN ini t