SKALA TERNAKAN kepada BAKAL PEMULA

Kalau anda membaca entri di pages ini bermakna anda pasti berminat dengan ternakan ayam kampung.  Adakah sekadar minat tu mencukupi? Sebelum ni kami pernah membincangkan tentang persediaan sebelum anda membuka ladang sendiri.

Pada kali ini kita akan bincangkan pada skala apakah kuantiti yang sesuai untuk anda menternak.

Pertama sekali, tentukan TUJUAN utama anda menternak. Apakah anda menternak untuk:

.... Part time (Sambilan) ATAU

.....Sara diri (Fulltime uruskan ladang sendiri secara solo) ATAU

.....Perusahaan Kecil dan Sederhana ATAU

..... SKALA INDUSTRI

Kenapa ini penting???  Sebab ia bakal menentukan skala penternakan yang anda bakal buka dan usahakan nanti. Sebelum pergi lebih lanjut, ingat skala-skala ini dulu:

 Skala besar (30,000 ekor dan ke atas)
 Skala sederhana (10,000 hingga 30,000)
 Skala kecil (1000 hingga 10,000)
 Sambilan (kurang daripada 1000)

Bolehkah kami usahakan secara kecil-kecilan dahulu???

Pasti boleh!!! Jom dengar nasihat dari orang-orang lama dalam bidang ini:

1. Fasa Sambilan.  Pada fasa awal, memadailah anda menternak secara sambilan. Boleh share dengan kawan-kawan yang dah ada reban, cuba tumpang dalam beberapa ratus ekor diladang mereka.  Fasa ni biasanya mereka yang masih terikat dengan kerja. Kesesuaian saiz ternakan adalah pada kuantiti kurang daripada 1000 ekor dalam satu-satu masa. Pulangan biasanya tak lumayan namun fasa ini adalah fasa yang anda paling banyak belajar terutamanya part menjaga ayam serta marketing hasil ladang anda. Dua proses ini sangat penting kerana ia menentukan jatuh bangun anda di fasa-fasa seterusnya.

2. Skala Kecil/Sara Diri(1000 - 10 000 ekor).  Kalau dah cukup keyakinan nak buka ladang, barulah berhenti kerja dan beralih ke fasa seterusnya iaitu FASA SARA DIRI.  Pada fasa ini, skala ternakan anda juga telah meningkat. Antara kuantiti dicadangkan ialah 1000 hingga 10 000 ekor ternakan dalam satu masa.  Pada masa ini, anda ialah BOSS, anda juga kuli di ladang anda.  Memadai dibantu oleh seorang atau dua pekerja ladang.  Perlu ingat, pada fasa ini anda telah pun MILIKI pasaran yang KUKUH dan berterusan.

3. Skala Sederhana (10 000 - 30 000 ekor). Lebih hebat lagi kalau dah ke fasa seterusnya iaitu penternakan pada skala SEDERHANA.  Kuantiti ternakan pada tahap ini ialah antara 10 000 hingga 30 000 ekor ternakan dalam satu-satu masa.  Lazimnya pada fasa ini, sistem ladang telah dibangunkan secara sempurna dari segi biosekuriti, simpanan dedak dan pelbagai faktor sekuriti lain.  Pada tahap ini juga anda telah pun mempunyai pembekal yang konsisten dan pelanggan tetap (farming contract).  Pada fasa ini anda sudah pun mula bermain kuantiti berbanding margin. Mula menjadi pembekal Busines to Busines (B2B) berbanding Busines To Customer (B2C).

Skala besar (30,000 ekor dan ke atas)Penternakan Skala Besar ialah jumlah ternakan melebihi 30 000 ekor dalam satu-satu masa.  Anda memerlukan pasaran lebih besar, pekerja lebih ramai dan sistem perladangan yang cukup sempurna dan mematuhi undang-undang.  Ini adalah skala industri yang melibatkan modal jutaan ringgit.

Bolehkah saya sampai ke tahap ini???

Pasti boleh jika ada kesunguhan!!!

Kenapa maklumat ini penting?

Supaya anda tak tergopoh-gopoh buat keputusan, berhenti kerja untuk buka ladang namun gagal sebab gagal memahami skala mana anda patut ceburi dahulu. 

ini juga Kerana anda sebagai penternak akan merancang soal kewangan dan perkara teknikal lain. Ini dimaksudkan dengan kos saiz reban, kos makanan, kos pekerja, kos peralatan dan lain-lain.

Biasa yang baru memnceburi bidang ternakan ini, mereka akan memilih untuk menternak di bawah kapasiti 1000 ekor sahaja. Bermula dengan 100 ekor sahaja pun tidak mengapa, dari sini penternak akan belajar banyak perkara. Perlu diingatkan, jangan gopoh supaya modal tidak hangus begitu sahaja.

Sebab itu penting untuk dapatkan ilmu dahulu sebelum memulakan ternakan. Belajar dari mereka yang punya pengalaman supaya tidak alami kerugian. Pedih ya kalau ayam banyak mati, boleh jadi tinggal mata putih sahaja, hehehe.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...