AWAS MAKANAN TERNAKAN MENJADI RACUN


Negara kita walaupun diberkati dengan Cuaca baik sepanjang tahun, namun masih ada cabaran yang perlu kita hadapi saban tahun. Antaranya ialah musim tengkujuh atau monsun Timur Laut. Musim Monsun Timur Laut ni biasanya akan bawa sekali musim hujan yang berpanjangan dan banjir di seluruh kawasan Malaysia. Pada musim ini lazimnya ayam mudah terdedah dengan pelbagai punca kematian antaranya ialah disebabkan bencana mahupun penyakit.

Kami ambil contoh satu penyebab kematian ayam iaitu akibat keracunan makanan. ANtara penyakit disebabkan oleh keracunan ialah penyakit AFLATOXIN.

Apa itu AFLATOXIN??

Aflatoxin (AF)  adalah sejenis racun kelas mycotoxins (mikotoksin) yang dihasilkan oleh kulat Aspergillus Flavus. Selalunya kulat Aspergillus Flavus tumbuh pada kacang pea, kacang tanah dan jagung yang disimpan lama. Namun demikian, ia boleh juga tumbuh pada bijirin seperti beras, gandum, barli atau tepung yang terlalu lama disimpan di tempat gelap dan lembap. 


Bagaimana AFLATOXIN ini terjadi??

Ia terjadi disebabkan penyimpanan makanan ternakan yang tidak betul.  PMakanan ternakan seperti jagung dan bijirin diletakan di kawasan lembab yang membolehkan kulat aspergillus flavus tumbuh.

Apakah kesannya kepada ternakan???

i. Imunosupresi.  Meningkatkan kerentanan kepada jangkitan sekunder oleh patogen oportunis.

ii. Mengurangkan keberkesanan vaksin. Menurunkan daya tahan terhadap patogen virus serta meningkatkan risiko memperoleh penyakit yang cuba dihindari melalui pemberian vaksin.

iii. Kerosakan saluran gastrointestinal. Menyebabkan hakisan dan pengerasan lapisan gizzard, mengakibatkan penurunan nutrien, pertumbuhan yang tidak stabil, sindrom berkaitan kekurangan nutrien, dan penukaran makanan kepada berat haiwan ternakan (FCR) menjadi rendah.

iv. Kerosakan hati. Kandungan aflatoxin yang tinggi akan bertapak di hati.  Pendedahan kepada aflatoxin menyebabkan lesi-lesi hepatik dan pembesaran hati serta hati berlemak.

v. Menjejaskan sistem reproduktif ayam.  Ayam yang keracunan aflatoxin akan mengalami pengurangan pengeluaran telur dan kualiti telur ayam terjejas.  Telur-telur yang terhasil berkemungkinan besar tidak mampu menetas.

Kesan kerosakan pada hati ayam, hati menjadi bengkak.

Aflatoxin boleh menjejaskan kualiti ayam penelur dan kualiti daging ayam pedaging. Penternakan pada skala besar pasti tak suka dengan kehadiran kulat ini tumbuh pada makanan ternakan. 

Bagaimana nak elakkan keracunan aflatoxin??? Sebenarnya simple saja penyelesaiannya. Anda hanya perlu:

1. Simpan makanan ternakan di stor atau tempat yang kering dan terhindar dari lembapan.

2. Pastikan dedak yang dibeli bukan stok lama.

3. Jangan simpan stok dedak/ jagung ternakan terlalu lama.

4. Jangan beri makanan lama dikhuatiri telah dijangkiti kulat.

5. Pastikan bekas makanan dibersihkan selalu.

6. KEKALKAN BIOSEKURITI LADANG ANDA SEWAJARNYA!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...