Kenapa Reban Saya Kerap diserang Penyakit ???

Penyakit Berulang.

Ada seorang sahabat ternak hubungi kami, dia bertanya tentang penyakit ayam yang berulang di rebannya.   Semasa perbualan tersebut, saya ada tanyakan beberapa soalan yang mungkin menyumbang kepada penyakit berulang.

 Hasil dari penelitian gambar-gambar yang beliau share dan perbualan kami, kami dapati kebanyakkannya adalah disebabkan faktor biosekuriti tidak diamalkan dengan betul. Disinimsaya kongsikan beberapa penemuan yang kita boleh ambil iktibar.

 Ada beberapa faktor penyebab penyakit yang sama berulang di kawasan reban kita antaranya ialah:

1. Tidak mengamalkan konsep "all in, all out".  Apa itu all in, all out??

Ia ialah kaedah ternakan memasukkan ayam mengikut batch.  Setiap batch boleh jadi 100, 200 atu 1000.  Apa yang penting mengikut konsep ini ialah, apabila ayam-ayam dalam satu batch tersebut cukup umur, semua ternakan perlu di'harvest' tanpa meninggalkan seekor pun dari batch lama.

2. Mencampurkan jenis ternakan yang berlainan spesis.  Kami dapati, reban rakan ternak tersebut memelihara angsa dan itik dalam kompartmen yang sama dengan ayam.  Perlu diingat bahawa, itik dan angsa mungkin imun dengan sesetengah penyakit ayam namun mereka mampu menjadi "carrier" (pembawa) penyakit kepada ayam.

3. Tidak mengamalkan biosekurit yang betul menyebabkan haiwan liar seperti anjing/musang masuk ke dalam reban.  Haiwan ini bukan sahaja akan memakan ternakan malahan berisiko membawa masuk penyakit dari mangsa-mangsa yang pernah ia tangkap.

4. Kebersihan reban. Perkara ini paling asas kerana reban yang kotor, berlecak dan tidak disenggara dengan betul akan menjadi tempat pembiakan pelbagai penyakit.

5. Tidak 'merehatkan' reban sekurangnya 2 minggu.  Setelah ayam diharvestkan, adalah penting untuk reban yang telah kosong tersebut dibersihkan, dicuci dengan klorin dan ditabur kapur pertanian serta direhatkan sekurang-kurangnya 2 minggu agar kitaran pembiakan kuman dan bakteria dapat dihapuskan.

Next kami akan kongsikan amalan biosekuriti mengikut zon agar mudah diamalkan di mana-mana ladang ternakan.

Teruskan membaca di page kami untuk ketahui lebih banyak informasi penternakan ayam.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...