Permulaan Penternakan AF LEGACY
Dengan lafaz Bismillahir-Rahmanir-Rahim
kami memulakan perniagaan ini. Sesunguhnya Allah yang maha pemurah, yang memberi kami
petunjuk demi mencari rezeki dibuminya ini. Allah yang maha pemurah sentiasa melimpah ruahkan segala rezeki kepada kami, ya Allah, semoga diberkati apa yang kami usahakan disini. Ya Allah ya
rahim, Allah yang maha penyayang,
berkat kasihmu kami mampu bersatu dan akan terus bersama demi kelangsungan perjuangan kami
ini. Semuanya adalah untukmu ya Allah..
Alhamdulillah, sebulan sebelum Ramadhan berkunjung tiba, reban dan kawasan penternakan untuk
kami telah
hampir siap sepenuhnya.. Kini hanya tinggal nak beli induk ayam serta menunggu sehingga ayam
cukup matang untuk menghasilkan telur sekaligus kami dapat membiakan sendiri ternakan ayam kami. Sebelum memulakan penternakan ni, banyak perkara aku dan isteri amik kira.. Haha,
almaklumla kami berdua ni ada pengalaman pahit berniaga sebelum ni, habis jatuh terduduk bergolok gadai kami.. Apapon, hidup perlu
diteruskan.. Allah sentiasa menjanjikan rezeki buat semua umatnya.. In shaa allah akan sentiasa ada jalannya.Berbalik kepada biz ayam ni, aku sememangnya meminati bidang penternakan dan pertanian sejaksekolah lagi, tapi apakan daya masa tu mak bapak aku xnampak lagi prospek bidang
penternakan ni, jadi aku pon follow aliran mak n bapak aku utk ke bidang kejuruteraan.. Masuk sekolah teknik dan finally masuk navy..
Alhamdulillah, aku n wife mempunyai minat yang sama, jadi kami secara tak lansung melibatkan diri dengan biz ayam nie.
Entri pertama aku adalah lebih berkisar utk merencanakan visi, misi, pelan startegik dan bla bla bla
demi menuju kearah organisasi ayam yang mampan (hahaha,kepoyoan terserlah disini) target kami
adalah untuk menjadi pembekal daging ayam kampung utama di malaysia, tapi... Disebabkan
pengalaman serta pengetahuan masih cetek tahap budak baru belajar pakai seluar, aku simpan target tu lagi 15 tahun akan datang..
Dari zaman aku masuk navy, diserapkan ke pegawai dan di tauliahkan, kami sentiasa diajar untuk
merancang.. Malahan, klu nak bawak kapal pon, 90% adalah merancang, 10% adalah perlaksanaan.. Makanya, aku telah mengunakan konsep yang sama aku aplikasikan dalam perniagaan... Cheeewahhhh (terbukti poyo)...
(part serius) dalam pertempuran, kita bahagikan kepada beberapa bahagian, antaranya, planning
phase,approaching phase, battle phase dan post battle phase.. Aku aplikasikan konsep yang sama
untuk perniagaan kami ni..
So far, penternakan kami masih di fasa planning, tetapi hampir masuk ke fasa kedua iaitu approaching phase..
Berikut huraian aku ttg apa yang kami dah buat:
Fasa pertama(Planning). Mencari segala maklumat ttg biz akan kami buat, so.. Dalam part ayam ni,
aku sendiri pergi kursus anjuran Nuralis Farm, cadangan aku, kepada sesiapa yang benar2 serius
dalam penternakkan ni, pergilah belajar hatta hingga ke negeri China sekalipun..tp tak perlu jauh2, dkt bangi dah ade ladang khas bagi mereka yang berminat dengan penternakan. Tempat aku menuntut ilmu adalah dengan NURALIS FARM.
segala maklumat lengkap mereka akan beri kat korg (tak rugi beb).. Disamping tu, kami turut pergi
ke jabatan venterinar, jabatan kerajaan lain yang berkaitan seperti MOA, Tekun, mara dll.. Bnda ni penting untuk kami
menilai apa potensi kami, apa peluang yang ada serta apa bantuan kami boleh dapat. Selain tu, lawatan tapak keladang-
ladang ternakan lain pon byk kami buat.. Semestinya nak dapat akses ke ladang org adalah sgt susah disebabkan oleh biosekuriti.. Tp ada sesetengah penternak yang sgt budiman beri kami menjenguk ladang mereka..
Fasa pertama ni meliputi byk bnda yang akn dijadikan garis panduan kepada kami disamping kami menilai apa
yang kami ada dan apa yang kami perlukan dalam biz ini. Kesimpulannya disini, BUAT SESUATU TU
BIARLAH DENGAN ILMU.. IN SHAA ALLAH AKAN dipermudahkan jalannya nnt... **"kami" dalam ni merujuk kepada aku n wife**
Fasa ke dua (approaching phase) Fasa inilah memeningkan sedikit kerana fasa ini merupakan fasa anjakan
paradigma bagi kami.. Fasa pertama adalah lebih kepada perancangan, manakala fasa ke dua adalah perlaksanaan perancangan tu.. Jadi, semestinya fasa ni adalah fasa yang memerlukan MODAL yang banyak.. Haha.. Poning den mencari modal.. Mana nak cekau dalam 30-40k?? Jawapannya, tekan loan la.. Hahaha.. Antara Sumber sumber aku guna, loan personal, kredit kad dan bla bla bla.. Dalam fasa ni kami dah berjaya dirikan sebuah reban sebesar 40x50kaki persegi ( boleh bela dlm 2k
ekor ayam). Tapi... Aku bukan nak ternak ayam semata-mata, jadi ruang yang ada tu aku gunakan utk induk ayam aku menghasilkan telur2nya.. Dalam masa yang sama, loan dengan TEKUN dan MARA kami usahakan, klu lulus loan ni, kami akan buat ternakan ini pada skala yang lebih besar..
Fasa ke-3 (Battle phase).
Fasa ini belum lagi berlaku pada kami. Jadi persediaan menuju ke arah fasa ini dilakukan ketika fasa pertama lg(planning phase).. Masa fasa ini, aku akan bertempur dengan penyakit ayam, modal pusingan, mencari pasaran ayam, mencari rakan niaga dan paling penting, MENCARI PASARAN AYAM!!! Semoga apa yang aku rancangakan di fasa pertama dapat membantu aku bila sampai masanya kelak.
Fasa-4(post battle phase). Klu ikotkan fasa ni merupakan fasa menilai keberkesanan strategi yang aku aturkan
sepanjang Fasa 1, 2 dan 3.. Jadi, fasa ni lebih kepada muhasabah diri iaitu mencari punca kelemahan, cara
atasi dan boleh bertindak dengan lebih cemerlang dimasa akan datang. Segala finding dari fasa ini akan
digunakan sebagai panduan atau doktrin utk aku mendidik ayam ayam aku kelak... Secara amnya, ayam aku
nak bela ni boleh dijual dalam 3 bulan, jadi setiap kitaran fasa-fasa nia akan bermula kembali selepas 3 bulan.. In shaa allah...
Klu ditakdirkan suatu hari nnt aku berjaya, mungkin apa yang aku tulis ini boleh dijadikan panduan buat sesiapa sahaja yang akan menceburi bidang perniagaan.. Aku budak baru nak mula, apa yang aku tulis, itulah yang aku buat.. Klu betul, jadikanlah panduan, klu salah mohon tegurkan...
inilah kawasan yang kami jadikan reban. kapasiti dalam 2000 ekor ayam.
ketika menyertai kursus di NURALIS AGROFARM
Kawasan reban yang sudah siap dipagar serta dipasang jaring
Kawasan beratap maish sedikit, nasihat daripada doktor venterinar yang melalukan lawatan tapak mencadangkan agar menambah kawasan beratap supaya lebih sesuai untuk habitat induk ayam.
Membancuh makanan ayam bagi mengurangkan kos membeli dedak. kaedah ini mengunakan Formula Pearson dimana kandungan protin dan kalori dapat disesuaikan dengan diet ayam dan dapat mengurangkan kos dedak ayam.
Menyembur E.M di sekitar reban bagi mengelakkan bau dan lalat di kawasan reban.
Ulasan
Catat Ulasan