POTENSI MAKANAN HALAL!!!

Terlalu lama rasanya tidak menulis di Blog kami ini.  Kebanyakkan update terkini kami lakukan di page fecebook kami iaitu Ternakan AYAM Kampung AFlegacy.. Terasa ingin menghidupkan kembali blog kami maka selepas ini kami berazam untuk meningkatkan kadar posting di Blog.

Topik pertama untuk kesekian lamanya ialah berkenaan INDUSTRI MAKANAN HALAL.  Ini merupakan antara faktor mengapa kami dengan beraninya menceburkan diri di dalam bidang ternakan. Beberapa fakta di bawah merupakan antara perkara yang penting menjadikan kami yakin bahawa industri makanan halal ini adalah satu industri yang mampu berterusan dan bertahan bukan sahaja di Malaysia malahan ke peringkat lebih global lagi.

1."Malaysia Kekal Sebagai Peneraju HALAL Global"
Malaysia Merupakan Diantara 10 Negara Teratas Bagi Makanan Halal.Sumber: State Of Islamic Economy Report (2015).  Status ini membolehkan sebarang produk kita samada IKS mahupun besar dikenali sebagai PRODUK HALAL.

2. Malaysia satu-satunya negara di dunia yang membangunkan prosedur pensijilan halal guna standard MS1500..Dan standard yang sama kini digunapakai dan menjadi rujukan org Jepun utk membangunkan industri makanan halal mereka. Bayangkan negara Jepun(Bukan Negara Islam) sendiri berminat dengan industri makanan halal, inikan pula Malaysia yang majoriti beragama islam dan sangat sangat menitik beratkan status halal haram sesuatu produk itu.  Hinggaan produk Malaysia Dikenali dunia sebagai HALAL.

3. Pasaran Halal dunia adalah terbesar (appx 1.4 billion penduduk dunia adalah umat Islam), maka tak pelik untuk kita anggap bahawa Brazil cuba menusuk masuk pasaran halal dunia.  Sebagai negara islam, Persijilan Halal Malaysia turut diperakui dunia, maka tak susah untuk kita tembusi pasaran Global.  Kebanyakkan pemilik industri makanan HALAL (termasuk AFLEGACY) akan sentiasa cuba menepati piawaian JAKIM ini. 


4. Malaysia masih banyak Syarikat yang tiada sijil & logo halal dan diusahakan oleh bukan Muslim.  Ingin saya tegaskan disini, HANYA MUSLIM AKAN MENITIK BERATKAN STATUS HALAL PRODUK mEREKA meskipun TANPA SIJIL dan COP HALAL.. Kita percaya jika terlepas dunia, di akhirat pasti menanti balasannya.. Nak selamat dunia akhirat, jualah benda yang HALAL. Ambil contoh, makcik jual nasik lemak tepi jalan tetap menjaga status jualannya sentiasa dari sumber yang halal kerana perasaan tanggungjawab beliau ke atas pembeli.  

5. Halal hanya terpakai utk org islam?? soalanya kenapa kerajaan terutamanya melihat ini sbg peluang perniagaan di Malaysia..ianya bukan sekadar fardu kifayah?Malahan peluang untuk dipelopori oleh semua terutamanya bagi Muslim.

6. Adakah pengeluar pemborong peniaga majoritinya adalah Muslim??pengeluar makanan minuman atau apa jua produk yang di labelkan halal memerlukan proses audit yang teratur... syarat dunia boleh kita penuhi namun Seharusnya pengeluar atau pembuat produk makanan minuman dan sebagainya adalah insan yang melengkapkan solat lima waktu..mendoakan produk yang dibuat dan dijual memberi manfaat pada sesiapa pun yang menggunakan produk tersebut.

Sekian 6 fakta perkongsian saya untuk kali ini. Jika ditanya adakah produk kami sudah mendapat Persijilan HALAL oleh JAKIM, jawapannya masih lagi belum. Kami sedar akan peluang serta kepentingannya.  Bukan sekadar tuntutan perniagaan yang ingin kami penuhi tetapi FARDU KIFAYAH yang kami kejari. YAKINI HALAL. PRODUK DARI MUSLIM UNTUK MUSLIM!  

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...