DIY KOTAK BSFL


Entri pada kali ini Kami kongsikan kaedah buat kotak BSFL cara murah dan mudah. Hanya perlukan beberapa peralatan je dan kosnya tak sampai pun RM20 (guna barang recycle).
Peralatan diperlukan buat kotak.
1. Kotak polisterin
2. Elbow Pipe ( saiz 50mm )
3. T Joint ( Saiz 50mm )
4. Paip saiz 50mm
5. Botol 2 biji
6. Plastik hitam.
7. Botol Sabun.
Cara sediakan kotak.
1. Potong paip panjang 1 kaki dan belah tengah.
2. Buat lubang pada kotak polisterin ikut saiz paip.
3. Sambungkan paip dengan T Joint.
4. Tebuk lubang pada botol sabun untuk masukkan batang paip.


Bagaimana ia berfungsi?
Penutup botol berfungsi sebagai tempat BSFL bertelur. Bila ia sudah bertelur dan sudah ada larva, boleh buang penutup botol dan tutup kotak polisterin guna penutup polisterin.
Batang paip di dalam kotak berfungsi sebagai saluran jalan kepada BSFL matang. Sifat semulajadi BSFL, apabila ia sudah hampir menjadi pupa, ia akan menuju ke tempat kering. BSFL akan melalui salur ini dan jatuh ke dalam botol.
Kos pembuatan untuk hasilkan kotak ini hanyalah RM17. Murah dan senang untul dibuat.
Pada kursus Ternakan Ayam Kacuk Organik di Ladang kami, kami akan terangkan secara terpeinci berkenaan kaedah penghasilan BSFL serta cara set up ia secara komersil. Siapa kata BSFL tidak boleh dihasilkan secara komersil? Berbaloi belajar berkenaan BSFL ini bagi mendapatkan kos makanan yang amat murah tapi berkhasiat tinggi.
Jom ikuti kursus kami!
Hubungi kami di wasap.my//601111458158

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...