Kos dedak ayam mahal, apa jalan penyelesaian?

Kos dedak yang mahal biasanya amat membebankan penternak. Apakata kita belajar memberi ternakan kita makanan alternatif selain dari dedak. Ia bertujuan untuk memberi penjimatan kepada penternak disamping membekalkan makanan organik kepada ternakan.
Hari ni admin nak berkongsi salah satu kaedah bagaimana menukar sisa buangan domestik rumah kita menjadi makanan ayam yang sangat kaya dengan protin. BLACK SOLDIERS FLY LARVAE (BSFL ) merupakan sejenis ulat yang terhasil dari Black Soldier Fly. Ia merupakan lalat yang tidak mendatangkan kemudaratan kepada manusia, tidak seperti lalat rumah yang menjadi punca kepada bawaan penyakit. Ia amat sesuai untuk dijadikan makanan ternakan bukan sahaja ayam, ia juga boleh diberi makan kepada haiwan ternakan lain seperti ikan, burung dan juga pelbagai haiwan eksotik lain. Caranya cukup mudah.
1. Sisa makanan seperti nasi basi, kepala ikan dan lain-lain dikumpulkan.
2. Gaulkan sisa makanan tu dengan EFEKTIF MIKROORGANISMA (EM). Gaul biar ia hanya menjadi lembab dan tidak terlalu basah.
3. Masukkan sisa makanan ke dalam tong (tong sampah hitam/tong air dsb... )
4. Potong kotak/kertas dan selitkan di muncung tong. Ia bertujuan menyediakan tempat bagi lalat BSFL bertelur.
5. Tinggalkan selama seharian. Biar lalat BSF bertelur di perangkap tersebut.
Larva dari lalat BSF akan bertelur di dalam sisa makanan tersebut, ia akan memakan sisa makanan hingga terurai habis.
Larva ini sangat bersih dan tidak mendatangkan sebarang penyakit kepada ternakan. Ia berukuran 1.5 hingga 2cm. Kandungan protin yang tinggi iaitu sekitar 42% (hampir menyamai protin ikan ).
Mengapa perlu bayar lebih untuk membeli dedak sedangkan sumber makanan organik amat mudah untuk diperolehi dan diproses.
Setiap kursus anjuran kami, akan diajar cara hasilkan BSFL dengan mudah. Ayuh mendaftar dengan AFLEGACY RESOURCES. Hubungi kami di 011-11458158.

Potong kotak/kertas dan selitkan di muncung tong.
Ia bertujuan menyediakan tempat bagi lalat BSFL bertelur.



Contoh BSFL membiak








x

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...