MASALAH LAZIM DIALAMI PENTERNAK BAHARU

Masalah lazim newbies.
Hari 1: Terima 500 ekor anak ayam.
Hari 2: 27 ekor mati
Hari 3: 31 ekor mati
Hari 4: 37 ekor mati
Hari 5: 42 ekor mati
Hari 6: 38 ekor mati
Hari 7: 41 ekor mati
Hari 8: 32 ekor mati
Hari 9: 12 ekor mati
Hari 10-14:7 ekor mati
Hari 15-45: 13 ekor mati
Hari 45-60: 8 ekor mati
Keseluruhan ayam yang mati: 288 ekor.
Ini adalah statistik sebenar salah seorang sahabat ternak kami yang baru menceburi bidang ternakan. Beliau mula menternak dengan 500 ekor anak ayam kacukan.



Kematian anak ayam akibat suhu tak terkawal

Semasa harvest, hanya 212 ekor ayam boleh dijual. Peratus kematian ialah 57.6%. Ia sangat-sangat tinggi.
Bila saya selidiki, kematian anak ayam berpunca dari tidak menjaga suhu dalam brooder. Kena ingat, ayam berumur antara 1-14 hari adalah sangat kritikal. Mereka mudah mati jika tidak dikawal suhu dalam brooder.
Kedudukan Anak Ayam dalam Suhu Yang Berbeza

Tapi sahabat saya tu tak putus asa. Beliau hubungi kami bagi mendapatkan khidmat nasihat. Kami tunjukkan kaedah ternakan yang betul, dan beliau praktikkan di reban beliau.
Pada tahun ini, dah masuk batch ke 3 ternakan beliau. Kadar kematian setiap kali menternak hanyalah kurang dari 5%. Dan yang paling penting, beliau masih terus istiqamah dalam menternak. Dengar cerita, minggu lepas beliau dah mulakan secara intensif kaedah penghasilan BSFL di ladangnya. Katanya baru sempat nak praktikan ilmu yang dipelajari semasa berkursus bersama kami.
Sangat-sangat penting untuk bakal penternak mengikuti kursus ternakan dulu. Dan kemudian baru mula menternak.
Untuk daftar kursus seterusnya sila hubungi kami di wasap.my//601111458158

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...