Apa kita perlu buat sebelum mula menternak

Ramai yang berminat nak menternak ayam kampung. Dan ramai juga yang kecundang di pertengahan jalan. Berjaya memulakan penternakan adalah langkah mula, bukan penentuan kejayaan tuan-tuan lagi. Jadi, kami kongsikan perkara-perkara penting yang perlu disediakan sebelum anda memulakan penternakan anda.

1. Minat. Ni wajib ada bagi setiap penternak agar mereka tak putus asa. Nak memupuk minat ni mesti kita kena ada seorang contoh yang baik ibarat mentor. Carilah mentor anda agar mereka boleh memberi anda guideline yang betul dan jadikan dia idola anda.

2. Lokasi Penternakan. Faktor paling asas ni memang perlu ada. Banyak faktor perlu diambil kira seperti kemudahan infra, biosekuriti, kedudukan dari perumahan, faktor semulajadi (banjir/kemarau) dan banyak lagi.

3. Modal. Bang, kalau takda modal projek memang tak boleh nak jalan. Tapi bossku, jangan risau sebab banyak institusi yang sudi memberi pinjaman, geran dan sebagainya terutamanya buat golongan belia di bawah umur 40 tahun. Cuma, ada beberapa syarat perlu dipatuhi. Cuma, kalau nak dapat pinjaman, projek anda WAJIB sudah pun wujud. Jarang-jarang institusi kewangan nak bagi pinjam kepada beginner yang belum mulakan apa-apa lagi.

4. PASARAN!!! Ini perkara paling penting yang anda kena buat homework banyak-banyak. Cubalah bergaul kepada peraih-peraih yang suka beli borong sebab mereka inilah akan bantu anda nanti. Selain tu cubalah cari pasaran sendiri boss, jangan harapkan orang sahaja. Kalau nak tolak pada peraih, pastikan anda patuhi syarat-syarat yang mereka inginkan. Sebab peraih ni biasanya rapat dengan end user (pengguna), so.... Mereka tahu kehendak pengguna.

5. Ilmu. sekurangnya anda tahu bagaimana nak bina reban, nak uruskan ayam sakit, nak buat itu dan ini di ladang. Senang cerita, jika ada ilmu, segalanya mudah bagi anda uruskan. Ilmu boleh kita dapat melalui kelas, pengalaman sendiri dan pengalaman penternak senior. Abam-abam penternak senior ni biasanya makin berilmu makin menunduk, mereka amat low profile tapi ilmunya jangan pertikai bak hang. Bijak yakmat!

6. Berhubung dengan Jabatan Veterinar dan PBT. Jangan takut dengan depa, depa biasanya akan support kita melalui pemberian geran, penyediaan fasiliti dan sebagainya. Rajin-rajinlah bertegur dengan depa na.. Pengalaman kami, Pihak Venterinar sentiasa support kami dengan melaksanakan lawatan, berikan khidmat nasihat serta bantuan ternakan kepada kami. Malu apa bossku..

7. Survey harga. Semak harga barang-barang yang diperlukan di ladang. Zaman sekarang lagi mudah, beli online dah dapat harga kilang. Peralatan seperti mesin cabut bulu (plucker), bell drinker, freezer, tangki air dan sebagainya boleh dibuat perbandingan dengan pengeluar yang berbeza-beza agar anda dapat harga paling murah. Antara tempat boleh survey ialah LAZADA, DAO BOA, ALIBABA, SHOPEE dan sebagainya.

8. BUAT RANCANGAN PERNIAGAAN!!!!
Bang.. Saya faham benda ni renyah, saya faham abam-abam tak minat nak tulis-tulis atas kertas ni. Tapi, ini penting agar abam tak lari dari matlamat asal menternak. tak goyah dek bermacam cobaan masa mula menternak nanti. Ini kertas kerja bukan untuk abam sekalian buat loan, tapi dalam kertas kerja ini tertulis planning abam untuk jangkamasa pendek, sederhana dan panjang bersesuaian dengan kapasiti ladang abam masa tersebut. Buat RP ni biar jujur dan ikhlas bossku.

9. Berkawanlah sesama penternak. Buat satu komuniti harmoni dengan mereka agar di masa depan dan di masa sekarang mereka boleh support bisnes tuan-tuan melalui perkongsia pengalaman, pembelian stok dan sebagainya. Zaman sekarang kita kejar pasaran lebih besar, tak payah dengki-dengki sesama kita dah.

10. Daftar SYARIKAT. Hat ni orang selalu abaikan. Tapi kalau abam-abam sekalian nak dapat loan, nak pergi jauh dalam bidang ni, nak dapat geran dan bantuan serta nak masuk program usahawan dan sebagainya wajib ada benda ni. Selain tu jangan lupa buka akaun syarikat. Sebab pengalaman kami, pengguna yang nak berurusan dengan kita melalui perbankan online lebih selesa jika dan rasa selamat jika akaun syarikat tersebut didaftarkan atas nama syarikat, BUKAN PERSONAL AKAUN.

Ini adalah entri pertama tahun ni. Seterusnya kita akan kenali jenis- jenis ayam untuk diternak secara komersil. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...