Bumble Foot, penyakit seakan kudis pada kaki ayam yang menjatuhkan harga ternakan

Bumble Foot.

Ini adalah nama salah satu penyakit ayam yang biasa menyerang.  Walaupun ia tidak memberi kesan yang ketara namun ini akan menyebabkan harga ayam jatuh kerana rupa ayam yang tidak cantik ketika dijual.

Apa itu bumble foot??

Bumblefoot adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan keadaan yang dikenali sebagai plantar pododermatitis  atau keradangan kaki ayam. Ia adalah penyakit biasa yang terjadi pada kaki ayam. Bumblefoot dinamakan berikutan kesan parut seakan  "bumble-like" pada luka semasa peringkat akhir jangkitan.
Keadaan bumble foot pada tapak kaki ayam


Apakah punca bumble foot??

1. Kecacatan kaki yang sedia ada

2. Berlebihan berat badan

3. Trauma, pergerakkan yang lemah, kerengsaan (seperti geseran atau tekanan yang berlebihan)

4. Pendedahan kepada permukaan kasar atau tidak sesuai digunakan untuk lantai

5. Kelembapan berlebihan dan sanitasi yang kurang baik.

6. Terlalu banyak atau terlalu sedikit aktiviti

7. Aktiviti melompat turun dari tempat yang terlalu tinggi.

8. Kekurangan zat makanan (diet tidak seimbang, 
makanan berkualiti rendah atau  kekurangan vitamin).
 

Bagaimana mencegahnya??

Pencegahan

1. Mengekalkan kebersihan persekitaran untuk ternakan hidup.

2. Sistem lantai reban yang lembut (pengunaan sarap tebal).
 
3.  Pengairan saliran air yang betul untuk mengelakkan banjir dan pengumpulan lumpur.
 
4. Makanan yang seimbang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...