SEPINTAS FAKTA RINGKAS BSFL

SEPINTAS FAKTA BSFL

Apa yang anda nampak dalam video adalah Black Soldier fly larvae (BSFL) yang digunakan penternak sebagai makanan ayam kampungnyq. Sebelum ni kami kerap memperkatakan tentang BSFL.  Untuk kali ini kami share 15 fakta ringkas berkenaan BSFL sebagai tanda kenalan bagi yang baru melihat ulat ini.

1. Lalat black soldier hanya mempunyai kitaran hidup selama 6 minggu.  Ini termasuk ketika peringkat telur, larva, pupa dan ketika menjadi lalat.๐Ÿ˜ถ

2. Dari 6 minggu kitaran hidupnya, mereka menjadi lalat hanyalah sekitar 2 hingga 4 hari.  Hampir keseluruhan jangka hayatnya ketika menjadi lalat adalah digunakan untuk membiak.๐Ÿ˜

3. Larva BSF boleh dikategorikan sebagai sangat pembersih kerana apabila ia makan, ia akan memusnahkan semua bakteria pada makanannya. ๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ท

4. Hampir tiada bakteria pada buangan makanan BSFL kerana ia telah menghadamnya hingga habis.๐Ÿง๐Ÿง๐Ÿง

5. BSFL akan merembeskan sejenis bau  yang akan menghalau atau menjauhkan serangga lain yang memberi ancaman kepadanya terutamanya LALAT RUMAH! ๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต๐Ÿ˜ต

6. BSFL mengandungi 43% protin dan sangat kaya dengan kalsium dan nutrisi yang lain.  ia sangat sesuai sebagai makanan ternakan ikan dan ayam. ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ๐Ÿ˜ฎ

7.  Anda boleh hasilkan tepung dari BSFL.  Ia penting untuk digunakan dalam campuran pembuatan dedak ternakan. ๐Ÿค“๐Ÿค“๐Ÿค“

8. Mereka (manusia) yang pernah memakan BSFL ๐Ÿคข๐Ÿคข๐Ÿคข menyatakan baunya ketika dimasak seakan kentang goreng, rasanya sangat lemak dengan tektur dagingnya yang lembut. (Bukan rakyat Malaysia ya)๐Ÿคฎ

9. Kadar pembesaran larva BSF sangat cepat.  Mereka boleh membesar 2 kali ganda saiz badannya dalam masa sehari.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

10. Spesis BSF tidak mampu terbang jauh kerana mempunyai kepak yang agak lemah.๐Ÿฅด๐Ÿฅด๐Ÿฅด

11. Fakta paling hebat, BSF merupakan haiwan  yang sangat cekap menghasilkan sumber makanan haiwan.  Sebagai contoh, untuk hasilkan 1KG BSFL hanya memerlukan 1.5KG sisa buangan makanan๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช
12. Iklim di Malaysia amat sesuai membiakan BSFL secara indoor mahupun outdoor.  1 ekor lalat BSF mampu hasilkan 500 telur BSF.๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

13. Larva BSF akan harvest diri mereka sendiri apabila hampir mencapai tempoh pra-pupa. Mereka akan mencari tempat yang kering dan selamat.๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

14.  Seekor larva BSF boleh mencapai ukuran antara 1.5cm - 2 cm.๐Ÿค

15.  BSFL sangat berpotensi menjadi sumber protin masa depan untuk tujuan makanan ternakan mahupun manusia.  Anda bayangkan produk makanan berasaskan BSFL di masa akan datang!!!๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ๐Ÿ’ฏ

**Terima kasih kepada tuan Haries Daniel untuk perkongsian video ini.
** Nak tahu lanjut berkenaan BSFL boleh rujuk dengan EKO FARM Malaysia, dia lebih pakar dari kami.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

AYAM KAMPUNG KACUK

Kisah Abang Nizam...